Info Kesihatan



APA ITU MASALAH KEPUTIHAN?

Masalah keputihan wanita adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan wanita adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid.

Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka.

Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanitatersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit.

Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal.
Kebiasaannya cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina secara bakteria. Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta dalam kehamilan.

Sifat serta banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.

Di bawah adalah beberapa contoh yang menyebabkan keputihan wanita yang abnormal:
  • Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia
  • jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal
  • Jangkitan bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau
  • Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah
  • Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk

Antara contoh penyebab keputihan wanita lain:
  • Vaginitis atropik yang timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen
  • Ubat seperti : antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen
  • Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.

Antara perkara yang perlu untuk diketahui :

1. Jaga kebersihan bagi mencegah penyebab keputihan wanita
2. Tidak menggunakan ubat membersihkan vagina secara rutin dan berlebihan. Ia boleh menyebabkan kehilangan keadaan semulajadi yang ada di vagina yang bertugas bagi melindungi terhadap kuman dari luar
3. Menjauhi tekanan yang berlebihan
4. Pengidap kencing manis (diabetes) mesti memastikan kadar gula yang stabil
5. Segera berjumpa doktor apabila keputihan keluar secara berlebihan



KANSER PAYUDARA






Kanser adalah berasal dari perkataan KETAM yang bermaksud cengkaman……. Kanser merupakan sejenis virus yang membunuh majoriti panduduk asia kini.....Kanser Payudara merupakan pembunuh segelintir wanita didunia dan lebih kurang sebanyak 10% wanita didunia diserang oleh penyakit tersebut di semua peringkat usia. Menurut statistik, walaupun pendedahan serta pencegahan awal diambil oleh mereka yang menghidapi penyakit Kanser Payudara, namun masih terdapat lebih kurang 20% wanita yang tidak dapat diselamatkan….

Umum mengetahui, Kanser Payudara adalah kanser kedua tertinggi penyebab kematian segelintir wanita di Malaysia selepas Kanser Rahim… Kebanyakkan wanita Malaysia kurang menerima pendedahan serta cetek pengetahuan didalam informasi penyakit-penyakit berbahaya seperti Kanser Payudara ini, justeru kebanyakkan mereka yang menghidap penyakit Kanser Payudara dan tidak dapat diselamatkan adalah mereka yang lambat mengambil tindakan serta tidak serius terhadap langkah-langkah penjagaan serta rawatan dan pemulihan yang sewajarnya perlu diambil dengan segera.     




Kanser Payudara?

Kanser Payudara merupakan sejenis sel-sel kanser (malignan) yang berkumpul didalam tisu-tisu payudara dan ia berpunca daripada kumpulan-kumpulan sel yang tidak normal atau lebih dikenali sebagai ketumbuhan atau tumor (malignan) yang tumbuh disekitar kawasan payudara.


Untuk lebih informasi sila layari website : www.oncolink.org/types/article

Dimanakah sebenarnya Kanser Payudara menyerang?

Kanser payudara akan hanya tertumpu disekitar kawasan payudara yang lebih dikenali sebagai kawasan-kawasan seperti berikut;

1)    Lobus – Kawasan dimana penghasilan susu dibuat dan ini menjadi kawasan utama serangan kanser payudara

2)    Duktus – Kawasan dimana susu dialirkan keputing

3)    Tisu lemak payudara adalah kawasan yang jarana menjadi tumpuan kanser payudara


Apakah jenis-jenis Kanser Payudara?

Kanser Payudara terbahagai kepada 2 jenis iaitu;

Invasif : Sel-sel kanser telah yang merebak disekitar kawasan Payudara
Tidak Invasif : Sel-sel kanser hanya tertumpu dikawasan asal

Untuk lebih informasi sila layari website : www.cancer.org

Apakah penyebab-penyebab Kanser Payudara?

Punca kanser payudara sebenarnya boleh diklasifikasikan kepada beberapa faktor seperti;

1)    Faktor risiko tinggi
2)    Faktor risiko sederhana
3)    Faktor risiko lain yang lebih ringan

1)   Faktor risiko tinggi
-       Faktor usia
-       Peranan genetik didalam sejarah keluarga yang pernah menghadapi kanser payudara seperti ibu, kakak ataupun adik
-       Pernah mengalami kanser payudara itu sendiri
-       Pernah menghidapi penyakit payudara Benigma Prolifenatif

2)   Faktor risiko sederhana
-       Sejarah kedatangan haid diusia terlalu muda dan mengalami keputusan haid dalam tempoh lewat usia
-       Sejarah bagi wanita yang tidak pernah bersalin atau mengandungkan anak
-       Sejarah bagi wanita yang pertama kali melahirkan anak diusia yang selewat 30-an
-       Pengambilan Estrogen Eksogenus bagi tujuan perancang keluarga atau mengambil apa-apa jenis terapi kearah menggantikan peranan Estrogen
-       Wanita yang pernah menghadapi kanser Ovari atau Rahim
-       Wanita yang pernah atau sering mengambil alkohol berlebihan

3)   Faktor risiko lain yang lebih ringan
-       Pengamal diet yang tidak sekata


Apakah Tanda-Tanda Kanser Payudara?

-       Wujudnya ketumbuhan atau ketulan disekitar kawasan payudara yang bersifat tidak rata ditepian ketulan dan tidak berasa sakit
-       Keluarnya lelehan berupa darah atau cecair daripada puting secara spontan
-       Perubahan bentuk atau tekstur payudara seperti kulit yang menebal serta berlakunya perubahan kepada warna kulit payudara
-       Berlakunya pembentukkan lekukan pada kulit payudara atau kulit kelihatan seprti kulit buah oren


Apakah Komplikasi Disebalik Kanser Payudara

Komplikasi adalah kesan terhadap sebarang tindakan yang diambil bagi mencegah atau membuang sesuatu jenis penyakit. Terdapat 2 jenis komplikasi Kanser Payudara seperti;

1)    Komplikasi setempat
2)    Komplikasi disebabkan perebakkan atau lebihdikenali sebagai Metastasis


1)   Kompikasi Setempat
Pembentukan ulser atau tumor dikawasan sekitar payudara atau pembentukkan kanser ditempat yang sama selepas pembedahan

2)   Metastasis
Pembentukan sel-sel kanser yang mula merebak kebahagian lain daripada kawasan serangan asal payudara seperti memasuki saluran darah, saluran limfa yang kemudiannya menyerang ke bahagian ogan-organ lain dan terbentuknya sel-sel kanser baru. Bahagian yang sering di serang metastasis ini adalah dibahagian tulang, hati serta paru-paru


Apakah Ujian-Ujian Saringan Yang Diperlukan?

Terdapat 4 jnis pemeriksaan yang diperlukan bagi mengenalpasti Kanser Payudara seperti;

1)    Pemeriksaan fizikal
2)    Mamogram
3)    Ultrasonografi
4)    Biopsi

Setiap ujian saringan tersebut amat penting bagi memastikan kesahihan serta keberkesanan sesuatu Kanser Payudara tersebut.

1)   Pemeriksaan fizikal
-       Pemerikasaan dibawah lengan bagi memastikan sebarang kewujudan ketumbuhan
-       Pemeriksaan fizikal struktur atau bentuk payudara bagi memastikan saiz, tekstur serta pergerakan dan mobiliti ketumbuhan tersebut
-       Melalui ujian pemeriksaan fizikal, cadangan supaya ujian mamogram dapat diberikan oleh doktor yang merawat

2)   Mamogram
-       Proses mengenalpasti perubahan pada sel serta tisu payudara yang mungkin tidak dapat dirasa secara fizikal
-       Ujian mamogram adalah proses x-ray yang perlu dijalani oleh pesakit bagi menghasilkan imej payudara pada filem
-       Melalui ujian mamogram, cadangan pemeriksaan seterusnya akan diberikan sekiranya ujian gambarajah mamogram tersebut mencurigakan

Untuk lebih informasi sila layari website : http://www.hsc.com.my/

3)   Ultrasonografi
-       Proses ultrasonografi merupakan suatu proses gelombang bunyi yang boleh menentukan samaada sel kanser payudara tersebut adalah berupa pepejal atau cecair

4)   Biopsi
-       Proses biopsi merupakan proses bagi memeriksa dan mengenalpasti tisu-tisu kanser dengan mengambil sedikit sampel tisu berkenaan dan akan diperiksa secara lebih klinikal dan terperinci dengan menggunakan mikroskop.
-       Proses biopsi ini terbahagi kepada 2 jenis seperti berikut;
a)    Biopsis Aspirasi
Proses mengeluarkan sampel tisu kanser tersebut dengan menggunakan suntikan jarum

b)   Biopsi Pembedahan
Proses mengeluarkan sampel tisu kanser tersebut dengan memotong kawasan yang disyaki untuk pemeriksaan lanjut dengan menggunakan mikroskop

Untuk lebih informasi sila layari website : www.megaone.com/kanser


Benarkah Kanser Payudara Mempunyai Peringkat Tersendiri?

Ya…. Kanser Payudara terbahagi kepada 5 peringkat. Ia dikenalpasti sebagai;

1)    Karsinoma In-Situ (Kanser Setempat)
2)    Peringkat Pertama
3)    Peringkat ke 2
4)    Peringkat ke 3
5)    Peringkat 4

Apa itu?

1)    Karsinoma In-Situ (Kanser Setempat)
-       Linkungan peringkat kanser yang paling awal sekitar 15 – 20% daripada kanser payudara sebenar
-       Risiko ulangan mendapat kanser payudara adalah 25% dalam jangkaan masa 25 tahun yang akan datang
-       Jenis Kanser Setempat ini pula terbahagi kepada 2 jenis seperti;
a)    Kanser Lobular
b)   Kanser Duktus

2)    Peringkat Pertama
-       Ketumbuhan yang dikenalpasti sebesar 2sm dan belum merebak kebahagian-bahagian lain

3)    Peringkat ke 2
-       Ia lebih dikenalpasti sekiranya si pesakit mengalami salah satu daripada tanda-tanda yang berikut;
a)    Ketumbuhan tumor yang berukuran kurang daripada 2sm tetapi telah merebak ke nodus limfa di bawah lengan
b)   Ketumbuhan tumor yang berukuran 2sm hingga ke 5sm yang mungkin telah ataupun belum merebak ke nodus limfa dibawah lengan
c)    Ketumbuhan tumor yang berukuran lebih daripada 5sm tetapi masih belum merebak ke nodus limfa dibawah lengan

4)    Peringkat ke 3
-       Kanser Payudara diperingkat ini terbahagi kepada 2 bahagian IIIA dan IIIB
-       Berikut adalah senarai Kanser Payudara diperingkat IIIA;
a)    Ketumbuhan tumor yang berukuran kurang daripada 5sm dan telah merebak kebahagian nodus limfa dibawah lengan serta nodus-nodus limfa berkenaan telah bercantum sesama sendiri atau ianya telah melekat dengan bahagian lainnya
b)   Ketumbuhan tumor yang lebih besar daripada 5sm dan telah merebak kebahagian lain 

-       Berikut adalah senarai Kanser Payudara diperingkat IIIA;
a)    Ketumbuhan tumor yang telah tumbuh serta merebak ke kawasan sekitar payudara  samaada kulit atau dinding dada yang terdiri daripada tulang rusuk serta otot dikawsan dada
b)   Ketumbuhan tumor yang telah merebak teruk kebahagian nodus limfa, di dalam dinding dada di sepanjang tulang dada

5)    Peringkat 4
-       Tumor dikenalpasti telah merebak kebahagian lain seperti organ-organ tulang, paru-paru, hati ataupun otak
-       Tumor telah mula merebak kebahagian lain seperti ke kulit dan nodus linfa di leher yang berha,piran dengan tulang selangka

Apakah Rawatan Yang Diperlukan?

Sebagai pesakit yang mengalami Kanser Payudara, terdapat pelbagai rawatan yang dicadangkan oleh para pakar serta psikologi mengikut pelbagai peringkat Kanser Payudara serta mengikut kesesuaian si pesakit itu sendiri.

Pendekatan psikologi lebih kepada mendorong si pesakit untuk mengharungi hari-hari berikutnya dengan berusaha tanpa mengambil kira apa yang dihadapi kini. Kanser payudara bukanlah penamat segala hari kerana masih ada cara-cara perubatan moden yang mampu mengatasinya jika ia dapat dikenalpasti lebih awal serta tindakan drastik yang diambil oleh si pesakit.

Bagi mencegah atau mengenalpasti Kanser Payudara diperingkat awal, pelbagai tindakan yang boleh diambil oleh para wanita dengan melakukan pemeriksaan sendiri serta pemeriksaan berkala setiap bulan.... Pengetahuan am yang mendalam serta sikap ambil tahu berhubung Kanser Payudara juga memainkan peranan penting bagi wanita supaya lebih berhati-hati serta prihatin terhadap penjagaan diri terutamanya pemeriksaan sendiri yang digalakkan.

Justeru, pendekatan perubatan moden kini telah mengambil alih kepakaran dengan mengenalkan beberapa rawatan yang diperlukan bagi pesakit kanser payudara seperti berikut;

1)    Pembedahan
Rawatan drastik dengan menjalani proses pembuangan payudara dengan memotong kawasan yang dijangkiti sel-sel kanser serta kawasan berhampiran dengannya bagi mengelakkan jangkitan seterusnya berlaku.

Proses pembedahan terbahagi kepada beberapa peringkat pembedahan seperti;
a)    Lumpektomi
o   Pembedahan paling ringan
-        
b)   Prosedur pembuangan sebahagian daripada payudara
c)    Mastektomi


2)    Rawatan Kemoterapi
Proses ini lebih dikenali sebagai rawatan yang menggunakan antikanser dimana penggunaanya lebih kepada mencegah kanser agar tidak berulang kembali. Kaedah ini akan meresap kesaluran darah sipesakit dan akan mematikan segala sel-sel kanser yang terdapat disaluran darah berkenaan.
Selain itu, rawatan ini turut mambantu mengecutkan ketumbuhan tumor sebeblum pembedahan dijalankan. Rawatan ini turut dipercayai mampu mengawal sel-sel kanser ini bergerak aktif merebak ke bahagian-bahagian lain yang belum tercemar dengan sel-sel kanser tersebut.

Rawatan ini diberi mengikut 2 kaedah berbeza iaitu;
d)    Suntikan terus kepada saluran darah
e)    Pengambilan ubat

Berikut adalah jenis-jenis ubatan rawatan kemoterapi yang sering digunakan;
a)    Siklofosfamid
b)   Metotreksat
c)    Doksirubicin
d)    Flurourasil (CMF)

3)    Terapi Sinaran
Rawatan tersebut adalah proses mengenakan sinaran x-ray (radiasi) kepada tempat yang dikenalpasti bagi mematikan sel-sel kanser berkenaan

4)    Rawatan Terapi Hormon
Rawatan ini pula merupakan rawatan yang menggunakan anti-estrogen bagi menyekat sel-sel kanser ini daripada terus merebak dan menjangkiti ke bahagian-bahagian organ lain.

Untuk lebih informasi sila layari website : http://www.breastcancer.org

Apakah Kesan Sampingan Terhadap Rawatan Tersebut?

Setiap rawatan perubatan mempunyai kesan atau komplikasi tersendiri. Begitu juga dengan Pembedahan, Rawatan Kemoterapi serta Rawatan Terapi Hormon tersebut.

1)   Komplikasi Pembedahan
-       Bengkak
-       Sakit dan keras dibahagian pembedahan
-       Kesukaran menggerakkan lengan dan bahu sejurus selepas beberapa hari pembedahan dijalankan

2)   Komplikasi Rawatan Kemoterapi
-       Pening kepala
-       Muntah-muntah
-       Hilang selera makan
-       Keguguran rambut didalam kadar yang banyak serta luar biasa
-       Ketidakselesaan sekitar kawasan mulut
-       Perubahan waktu kedatangan haid

Nota : Keadaan ini bergantung kepada jangkamasa, kuantiti kadar ubat yang diambil serta ketahana diri seseorang

3) Komplikasi Rawatan Terapi Sinaran
-    Payudara terasa bengkak dan berat
-       Perubahan kepada kulit disekitar kawasan payudara

5)   Komplikasi Rawatan Terapi Hormon
-       Berkaitan dengan pengurangan fungsi estrogen terhadap organ reproduktif atau pembiakkan wanita
-       Pendarahan melalui faraj dan bukan kedatangan haid
-       Peningkatan berat badan
-       Gangguan emosi
-       Pembekuan darah dalam saluran darah terutamanya di bahagian kaki

Untuk lebih informasi sila layari website : www.radiologymalaysia.org/breasthealth

No comments:

Post a Comment